Pengenalan

 

Tutorial kali ini, saya akan kongsi bagaimana untuk melakukan instalasi WordPress menggunakan Softaculous. Setakat ini, cara ini adalah paling mudah dan cepat pada pendapat saya. Sebelum ini, instalasi WordPress tidak semudah dan ringkas sebagaimana menggunakan aplikasi ini. Pada suatu masa sebelum ini, pengguna perlu menyelesaikan 4 hingga 7 step yang agak mengelirukan untuk melakukan instalasi WordPress. Akan tetapi dengan adanya cPanel dan Softaculous ini, pengguna tidak lagi perlu untuk melibatkan diri dalam perkara yang merumitkan.

Bagi melakukan instalasi WordPress sebagaimana yang saya akan kongsikan ini, pengguna perlu mempunyai akaun web hosting. Secara ringkas, web hosting atau web hosting server yang akan membuatkan sesebuah laman web WordPress dapat beroperasi secara online sepanjang masa (24/7) tanpa memerlukan pengguna mempunyai server persendirian.

Kebanyakan web hosting provider yang terkenal sama ada di Malaysia mahupun mereka yang luar daripada Malaysia menggunakan cPanel dan Softaculous kerana kedua-dua aplikasi ini amat mudah dan sangat membantu pengguna dan juga mereka sebagai pembekal perkhidmatan web hosting.

 

Instalasi WordPress Menggunakan Softaculous

 

1. Login CPanel

 

Sebagai permulaan, pengguna perlu untuk log masuk ke akaun web hosting untuk melakukan instalasi WordPress. Gambaran di atas ini menunjukkan paparan untuk masuk menggunakan aplikasi cPanel. Sila gunakan username dan password yang telah dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan web hosting anda.

 

2. Paparan Antaramuka CPanel

 

Apabila telah berjaya log masuk, pengguna akan dapat melihat paparan sebagaimana di atas. Paparan ini menyenaraikan segala maklumat berkaitan dengan perkhidmatan yang dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan web hosting. Saya skip dahulu maklumat yang tidak berkaitan untuk tutorial kali ini. Saya fokuskan tutorial ini dahulu pada proses instalasi WordPress. Pengguna perlu skrol untuk mendapatkan tab Software(1) dan klik pada WordPress Manager by Softaculous(2)

3. Paparan Antaramuka Softaculous

 

Paparan di atas adalah paparan pemuka Softaculous. Paparan ini menunjukkan kepada pengguna maklumat yang berkaitan dengan WordPress. Pengguna boleh menguruskan WordPress yang akan dan telah dibuat instalasi. Paparan pada di atas adalah sama dengan pada rajah paling akhir dalam tutorial ini. Berikut adalah keterangan ringkas lima perkara yang telah saya labelkan pada paparan di atas:

 

  1. URL untuk WordPress yang telah dilakukan instalasi.
  2. Nama WordPress yang telah dicipta.
  3. Butang untuk log masuk.
  4. Status WordPress semasa.
  5. Butang untuk melakukan instalasi WordPress yang baharu.

4. Paparan Maklumat Asas Instalasi WordPress

Paparan instalasi ini adalah paparan yang disediakan untuk pengguna memulakan proses instalasi. Semua maklumat yang diperlukan untuk kofigurasi WordPress perlu diisi mengikut kehdendak pengguna. Berikut secara ringkas disediakan informasi megikut label yang telah saya buat:

 

  1. Pengguna boleh memilih untuk menggunakan salah satu daripada protokol
    http://
    http://www.
    https://
    https://www.
  2. Pilihan domain yang dikehendaki. (sekiranya pengguna memilik lebih daripada satu domain / sub-domain).
  3. Direktori yang ingin pengguna gunakan untuk instalasi WordPress.
  4. Pilihan versi WordPress yang ingin pengguna lakukan instalasi.
  5. Site Name adalah nama WordPress yang dikehendaki. (boleh diubah sekiranya perlu selepas siap proses instalasi).
  6. Site Description adalah maklumat ringkas berkaitan WordPress pengguna.
  7. Admin Username adalah username untuk log masuk ke WordPress (untuk keselamatan, cuba elakkan menggunakan admin atau adminstrator kerana ia terlalu mudah).
  8. Admin Password adalah password yang ingin digunakan. (untuk keselamatan, cuba elakkan penggunaan password sebagai password anda).
  9. Admin Email adalah email pengguna. Pastikan email yang dibekalkan adalah email yang masih lagi boleh diakses dan digunakan. Ini kerana segala notifikasi dan informasi berkaitan WordPress akan menggunakan email ini.
  10. Bersambung di bawah ini.

 

5. Sambungan Paparan Maklumat Asas Instalasi WordPress

Paparan di atas adalah sambung kepada paparan maklumat asas sebelum melakukan instalasi WordPress. terdapat 2 lagi tab konfigurasi yang boleh ditetapkan oleh pengguna. akan tetapi, saya skip 2 tab ini memandangkan kedua-dia konfigurasi ini boleh diubah dan dikemaskini setelah siap instalasi nanti.

Pengguna boleh klik pada butang Install (10) untuk meneruskan proses instalasi WordPress.

 

6. Paparan Progress Instalasi WordPress

Paparan sebagaimana di atas akan terpapar apabila pengguna klik pada butang Install. Progress bar akan memaparkan peratusan yang telah dan sedang dilakukan oleh Softaculous. Setelah proses tersebut siap sepenuhnya, paparan di bawah ini akan dipaparkan.

7. Paparan Akhir Proses Instalasi WordPress

Setelah siap proses instalasi, paparan di atas ini akan dipaparkan. Pengguna boleh merujuk tiga maklumat asas yang ingin saya kongsikan. Masih ada lagi beberapa tab maklumat yang turut dipaparkan, tetapi saya skip kerana merasakan agak kurang releven untuk dikongsikan.

 

Berikut adalah tiga perkara yang perlu diketahui:

  1. URL untuk akses paparan umum WordPress.
  2. URL untuk akses paparan pentadbir WordPress
  3. Butang untuk kembali ke paparan WordPress Management (sebagaimana di bawah ini)

 

8. Paparan Utama Softaculous

Ini adalah paparan akhir untuk proses instalasi WordPress dan ini juga adalah paparan pemuka Softaculous. Pada paparan ini, semua WordPress yang telah pengguna instal akan terpapar. status sama ada WordPress tersebut berada dalam status up to date atau sebaliknya juga dipaparkan.

 

Enam perkara penting yang saya labelkan pada paparan di atas adalah seperti berikut:

  1. URL akses paparan umum WordPress.
  2. Site Name WordPress.
  3. Butang log masuk WordPress.
  4. Status terkini WordPress.
  5. Search Engine Visiblity – pastikan pengguna disable fungsi ini sekiranya WordPress masih lagi dalam proses pembikinan.
  6. Butang untuk Uninstall – sekiranya pengguna ingin melakukan proses uninstall kepada WordPress yang telah dicipta.