28/01/2023
yoyutech.com

Perkhidmatan Laman Web

Pembangunan Baharu Laman Web

Kami menyediakan perkhidmatan pembangunan laman web baharu kepada pelanggan yang belum mempunyai laman web. Contoh serta cadangan akan disediakan untuk memudahkan pelanggan mendapat gambaran sebenar sebelum laman web yang sebenar dibangunkan. Selain itu juga, kami juga menyediakan servis fotografi bagi mendapatkan foto yang berkualiti untuk digunakan pada laman web. Pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan khidmat latihan untuk kemaskini laman web apabila telah siap sepenuhnya.

Menaiktaraf Laman Web Sedia Ada

Bagi pelanggan yang sudah memiliki laman web yang masih digunapakai tetapi ingin menaiktaraf kepada aplikasi web yang lebih mudah dikemaskini (contoh: Joomla / WordPress) pihak kami menyediakan perkhidmatan menaiktaraf daripada laman web versi yang terdahulu. Migrasi dan proses naik taraf akan dilakukan dengan memastikan segala data dan maklumat daripada laman web lama tidak tercicir dan dapat diakses oleh pelawat dengan sempurna.

Penyelenggaraan Laman Web

Penyelenggaraan laman web melibatkan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dalam usaha memastikan laman web pelanggan sentiasa dikemaskini dengan data dan maklumat yang terkini. Kami akan pastikan segala maklumat yang dibekalkan kepada kami akan terpapar pada laman web pelanggan bagi kemudahan pelawat mendapatkan maklumat secara terus menerus.

Perkhidmatan Nama Domain & Hosting

Nama Domain

Kami menyediakan perkhidmatan Nama Domain meliputi pendaftaran baharu dan konfigurasi yang melibatkan Nama Domain yang sedia ada.

“Sistem Nama Domain (Bahasa Inggeris: Domain Name System, dipendekkan sebagai DNS) merupakan sistem yang menyimpan maklumat mengenai nama hos dan nama domain dalam rangkaian seperti di Internet. Peranan paling utamanya adalah memberikan alamat IP bagi setiap nama hos, dan senarai pelayan penukaran mel (mail exchange server) yang menerima mel bagi setiap domain.” ( sumber: wikipedia.org )

Hosting Laman Web & Emel

Bagi memastikan setiap laman web berada dalam status online sepanjang masa, pelanggan perlu untuk menggunakan perkhidmatan hosting. Ini kerana kos menggunakan perkhidmatan hosting adalah lebih murah dan effisyen berbanding menyediakan server yang tersendiri. Antara keperluan untuk memastikan server persendirian sentiasa online meliputi kos-kos berikut:

  • Server yang berkelajuan pantas dan tahan lasak
  • Bilik server yang mempunyai sistem penyejukan yang sesuai kerana server yang sentiasa dalam keadaan beroperasi akan menghasilkan suhu yang agak tinggi
  • Capaian internet yang pantas upload dan download speednya.

Servis emel ditawarkan oleh kami kepada mereka yang berminat untuk memiliki emel yang menggunakan nama domain yang tersendiri (contoh: email@namadomainanda.com)


Perkhidmatan Latihan Penggunaan Aplikasi Pejabat

Berikut adalah perkhidmatan latihan yang kami tawarkan:

  • Aplikasi OpenOffice
  • Aplikasi Microsoft Office
  • Editor Laman Web
  • Pentadbir Laman Web