Isi Kandungan
Pengenalan – Google Business Profile
Google Business Profile adalah salah satu produk Google yang membantu kedua-dua pihak iaitu peniaga dan juga pengguna atau pelanggan. Berfungsi sebagaimana yellow pages digital untuk membolehkan pengguna dan bakal pelanggan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan atau barang yang dicari. Google Business Profile membantu mempromosikan perniagaan dan business anda berkembang. Antara ciri-ciri utama yang sangat membantu adalah dengan menjadikan Google Search dan Google Maps memaparkan maklumat yang dicari oleh pengguna. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma kepada semua pengguna. (Juga ditawarkan perkhidmatan perngiklanan dengan bayaran)
Aplikasi Google Business Profile
Anda tidak perlu menggunakan aplikasi untuk menggunakan perkhidmatan Google Business Profile. Segala urusan berkaitan mengemaskini maklumat profil perniagaan anda boleh dibuat di Google Maps atau Google Search. Proses verifikasi akan mengambil sedikit masa untuk mengesahkan yang perniagaan tersebut adalah milik anda. Pastikan anda menggunakan google mail atau gmail id untuk segala urusan verifikasi kali pertama.
10 Perkara Google Business Profile
Gambarajah di atas telah dilabelkan dengan 10 perkara paling penting dalam menggunapakai Google Business Profile:
- Kotak Carian – Searchbox
- Masukkan carian anda – nama perniagaan atau nama barang/perkhidmatan.
- Keputusan Carian – Search Result
- Ruangan keputusan carian akan paparkan semua perkara yang terlibat dengan kata kunci atau carian yang anda telah masukkan di dalam kotak carian.
- Nama Perniagaan
- Ruangan ini akan memaparkan satu nama yang paling hampir dengan carian yang telah anda buat.
- Perniagaan anda boleh terpapar di ruangan ini dengan percuma oleh Google.
- Uruskan maklumat yang perlu untuk promosikan perniagaan anda.
- Review
- Review akan paparkan semua review dan pandangan pelanggan anda. Sekiranya anda telah claim perniagaan yang tersenarai ini sebagai milik anda, Google akan menghantar notifikasi apabila terdapat sebarang review ataupun soalan yang dikemukakan pada Google Business Profile ini.
- Anda boleh untuk membalas review atau soalan yang telah dikemukakan tersebut.
- Capaian Ikon Pantas
- Capaian ikon pantas ini biasanya mengandungi ikon Website, ikon Direction, ikon Save, ikon Share, dan akhir sekali ikon Call
- Pelanggan atau pengguna yang telah membuat carian boleh menggunakan segala ikon-ikon tersebut dengan mudah. Sebagai contoh, ikon Call membolehkan pelanggan atau pengguna membuat panggilan terus kepada nombor telefon yang telah anda tetapkan kepada Google Business Profile. Begitulah juga dengan ikon Direction akan membolehkan pelanggan dan pengguna terus mendapat lokasi perniagaan yang telah anda tetapkan pada Google Business Profile.
- Alamat
- Ruang ini memaparkan alamat perniagaan anda.
- Waktu Operasi
- Paparan waktu operasi perniagaan anda.
- Nombor Telefon
- Nombor telefon yang boleh digunakan oleh bakal pelanggan anda untuk menghubungi anda.
- Cadangan / Claim Pemilikan Perniagaan
- Anda boleh claim perniagaan yang dipaparkan ini adalah milik anda. Verifikasi akan dibuat oleh Google bagi mengesahkan permintaan anda tersebut.
- Anda boleh mengemukan review atau cadangan serta pertanyaan menggunakan ikon ini.
- Gambar Produk Perniagaan
- Anda boleh memuaknaik gambar yang berkaitan dengan perniagaan anda, gambar produk atau perkhidmatan yang anda sediakan. Selain itu, pelanggan juga dapat gunakan kemudahan ini untuk berkongsi gambar yang mereka ada kepada semua yang melayari fungsi ini.
Kembangkan perniagaan anda menggunakan kemudahan ini. Sila hubungi kami untuk mendapatkan bantuan berkaitan dengan Google Business Profile
Website | WhatsApp | Telegram | TikTok | YouTube | Facebook | x.com