Weblog yoyutech.com

Kami kongsikan maklumat yang terkini untuk kemudahan kita bersama kerana membaca adalah amalan yang mulia – www.yoyutech.com

logo yoyutech.com

GBP dan Bisnes Anda

by | 24/09/2024 | Weblog

Pengenalan

Google Business Profile (akan diringkaskan menjadi GBP) adalah antara produk Google yang telah digunapakai oleh ramai pengguna di seluruh pelusuk dunia tanpa mereka sedari. Setiap hari, apabila kita ingin mencari jawapan tentang sesuatu perkara yang baru, kita akan “google jer”. Sebenarnya keputusan yang kita perolehi daripada Google tersebut adalah daripada pangkalan data Google yang telah dibina bersama dalam keadaan sedar atau tidak.

Siapa Yang Dibenarkan Untuk Menguruskan Bisnes Di Google Business Profil?

Semua pengguna Google (pengguna yang mempunyai id Google atau pemilik akaun Gmail) dibenarkan untuk memberi cadangan kepada Google tentang sesuatu perniagaan walaupun perniagaan tersebut adalah bukan milik mereka. Setiap cadangan tersebut sama ada pada Google, Google Maps mahupun pada Waze akan disimpan untuk kemudahan pengguna akan datang dan mungkin juga kepada pemilik bisnes tersebut.

Sekiranya anda adalah pemilik kepada bisnes tersebut, anda boleh untuk menuntut pemilikan bisnes tersebut. Google akan pastikan tuntutan pemilikan bisnes itu adalah sah dan berasas dengan beberapa pengesahan yang akan buat. Sekiranya anda berjaya buktikan pemilikannya, Google akan memberikan capaian penuh kepada fungsi-fungsi yang terdapat pada GBP.

Sebagai pemilik bisnes, ada boleh menguruskan sendiri bisnes pada GBP atau melantik pengguna lain yang mungkin merupakan kakitangan anda. Pengguna lain juga boleh untuk memohon untuk menjadi pengurus kepada akaun bisnes tersebut (tertakluk kebenaran daripada pemilik akaun bisnes tersebut) Apabila anda adalah pengurus yang telah disahkan oleh pemilik bisnes, anda boleh untuk mengubah maklumat yang terdapat di GBP. Anda juga akan menerima notifikasi daripada GBP sebagaimana notifikasi yang diterima oleh pemilik bisnes.

Walaupun tuntutan bisnes telah dibuat dan kebenaran juga telah diberikan, pelawat atau pengguna yang lain masih lagi boleh menyumbang maklumat kepada akaun bisnes pada GBP tersebut bagi fungsi perkongsian gambar, cadangan, pertanyaan serta review. Pemilik dan pengurus akaun GBP ini akan menerima notifikasi menerusi email sekiranya terdapat cadangan, pertanyaan, review dan juga gambar yang terbaru dari pelawat GBP bisnes anda.

Bukan sekadar notifikasi, ada ketikanya anda sebagai pemilik bisnes dan pengurus akan mendapat email daripada Google bagi mengesahkan sama ada bisnes anda akan beroperasi pada cuti umum yang bakal tiba. Google akan mengemaskini status tersebut bagi membantu pelanggan yang mungkin merancang untuk mengunjungi premis bisnes anda pada hari cuti umum yang bakal tiba. Status operasi ini amat berguna kepada pengguna Google yang juga adalah pelanggan anda.

Gambar di bawah merupakan paparan utama GBP bagi capaian atau akses pemilik dan pengurus bisnes. Segala fungsi-fungsi yang terdapat telah di ikon kan bagi memudahkan anda.

Bagaimana Untuk Menguruskan Bisnes Sedia Ada Di Google Business Profile

  1. Anda perlu mempunyai id Google atau akaun Gmail
  2. Anda perlu menuntut akses pada akaun bisnes GBP anda
  3. Anda telah mendapat akses pemilik terhadap akaun bisnes GBP tersebut

Bagaimana Untuk Menguruskan Bisnes Masih Belum Wujud Di Google Business Profile

  1. Anda perlu mempunyai id Google atau akaun Gmail
  2. Anda perlu berada di lokasi atau premis bisnes yang ingin anda daftarkan
  3. Tag lokasi atau pin lakasi menggunakan Google Maps (add place)
  4. Masukkan maklumat yang berkaitan pada paparan tersebut
  5. Klik pada butang submit

Apakah Kelebihan Google Business Profile Kepada Pemilik Bisnes

  • Tersenarai pada Google Maps dan Waze secara automatic
  • Info perniagaan dipaparkan percuma (no telefon, email, whatsapp dan lokasi)
  • Paparan gambar dan video produk dan perkhidmatan
  • Update produk dan perkhidmatan secara terus di atas talian
  • Review pelanggan dan maklumbalas berkaitan
  • Question & Answer
  • Booking dan appointment
  • Media Social
  • Mesej
  • Prestasi bisnes anda

Apakah Kelebihan Google Business Profile Kepada Pengguna Secara Amnya

  • Mudah untuk mencari produk dan perkhidmatan yang diperlukan
  • Info terkini terhadap produk dan perniagaan yang dicari seperti nombor telefon, email, whatsapp dan lokasi perniagaan yang diingini
  • Dapat menilai mutu dan kualiti produk dan perkhidmatan dari ruangan review pelanggan yang telah menggunakan produk dan perkhidmatan tersebut
  • Boleh mendapatkan maklumat lebih tepat dengan menggunakan kemudahan pertanyaan terus kepada pembekal atau pemilik bisnes
  • Boleh booking dan buat appointment lebih awal untuk memudahkan proses mendapatkan produk dan perkhidmatan yang diingini.

Mengapa Google Business Profile Penting Untuk Bisnes Anda?

Dewasa ini, semua benda hanya dihujung jari sahaja. Pengguna dan pelanggan semakin pintar. Mereka boleh untuk mencari produk atau perkhidmatan yang mereka perlukan secara atas talian. Kemajuan ini perlu digunakan sepenuhnya. Bagi yang mempunyai modal yang besar, mereka boleh untuk membuat promosi berbayar secara besar-besaran bagi memastikan produk dan perkhidmatan mereka diketahui oleh bakal pelanggan mereka. Akan tetapi, bagi peniaga yang baru memulakan perniagaan dengan keadaan modal yang terhad, ini adalah solusi kepada kekangan tersebut. Promosikan secara percuma menggunakan GBP. Tingkatkan mutu dan kualiti produk anda kerana setiap 5 stars rating yang diberikan oleh pelanggan anda akan membantu berkembangnya bisnes anda. Dan setiap komen yang cadangan yang diberikan perlu diambil serius kerana mereka mahukan yang terbaik daripada anda.

Kesimpulan & Penutup

Semoga perkongsian berkaitan dengan Google Business Profile kali ini dapat membantu anda untuk memperkembangkan bisnes anda dan maju dengan lebih cermerlang… Membaca adalah amalan yang mulia

Baca lagi hantaran yang berkaitan:

Website | WhatsApp | Telegram | TikTok | YouTube | Facebook | x.com

“ Each step we took transformed the ordinary into the extraordinary… talk and walk and walk and talk, dont talk only”

OC Chin

“Bahagian kerja, mesti cepat, mantap dan clean. Cuma satu jer, jangan sidai dia… sebab dia tak suka kena sidai”

Sakinah Honda

“hmm… For me, they didn’t just create a website; they crafted an experience that resonates with our audience.”

Mr Kai

Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci…

Kami sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dalam usaha membantu adan memperkembangkan perniagaan anda.

logo yoyutech.com