Weblog yoyutech.com

Kami kongsikan maklumat yang terkini untuk kemudahan kita bersama kerana membaca adalah amalan yang mulia – www.yoyutech.com

logo yoyutech.com

Ugreen Cat6 Ethernet Gigabit Cable

by | 10/11/2024 | Weblog

Pengenalan

Kabel network sebenarnya ada banyak jenis dan setiap jenis kabel network tersebut berbeza cari segi kemampuan kelajuan penghantaran data dan jarak kemampuan penghantaran data. Antara kabel network yang popular dan banyak digunakan adalah Cat5e dan Cat6. Sekarang ini, yang terbaru adalah Cat8. Perkataan Cat pada nama kabel network tersebut adalah merujuk kepada singkatan kepada “Category”

UGREEN Cat 6 Ethernet Patch Cable Gigabit RJ45 Network Wire Lan Cable Internet Cable Mac Computer PC Laptop Router PS4

Fungsi

Fungsi utama kabel network ini secara ringkas dan padatnya adalah untuk menghubungkan peranti dengan peralatan network. Sebelum kehadiran sistem network tanpa wayar (wireless network), hubungan antara peranti dengan peralatan network yang lain contohnya server ataupun modem adalah menggunakan kabel network.

Kelebihan

Kelebihan penggunaan kabel yang paling utama adalah lebih perhubungan yang stabil berbanding menggunakan network tanpa wayar (wireless network). Penggunaan kabel dapat mengurangkan pengantaran yang lemah kadang-kadang terputus disebabkan oleh gangguan cuaca dan kelembapan persekitaran.

Kelemahan & Had Batasan

Kelemahan yang paling utama adalah gangguan permandangan yang berselerak dan melemahkan semangat mata yang melihat kabel-kabel yang tidak dapat disembunyikan dari pandangan mata kasar.

Selain itu, setiap jenis kabel network mempunyai had batasannya yang tersendiri. Penggunaan kabel yang ketelaluan panjang dan mungkin menghampiri kepada had batasan operasinya pasti akan menganggu kualiti penghantaran dan penerimaan datanya. Anda boeh dan perlu menggunakan repeater atau switch sekiranya perlu untuk menghubungkan dua peranti yang jaraknya agak jauh (atau menghampiri had jarak maksimum) bagi mengelakkan kehilangan data.

Perkara yang amat penting yang biasa kebanyakan orang terlepas pandang adalah apabila anda menggunakan peranti (network card, switch, router dan lain-lain) dari jenis Category 5 (kelajuan penghantaran data maksimum adalah 100 Mbps) dan anda menggunakan kabel network dari jenis Category 6 (kelajuan penghantaran data maksimum 1 Gbps) anda hanya akan mendapat penghantaran data maksimum 100 Mbps sahaja. Begitulah sebaliknya juga, menggunakan peranti Category 6 dengan kabel dari jenis Category 5e, penghantaran data maksimum adalah 100 Mbps juga. Bottleneck atau hadnya adalah yang paling rendah di dalam “environment” tersebut.

korang pakai fiber optic package dengan kelajuan 300 Mbps tapi sambungan komputer korang menggunakan kabel network Cat5 akan membuatkan capaian komputer korang adalah 100 Mbps sahaja… rugi tak?

Jenis-Jenis Kabel Network

CategoryKelajuan Penghantaran DataBandwithHad Jarak Maksimum
Cat 11 Mbps0.4 MHz
Cat 24 Mbps4 MHz
Cat 310 Mbps16 MHz100 m (328 ft.)
Cat 416 Mbps20 MHz100 m (328 ft.)
Cat 5100 Mbps100 MHz100 m (328 ft.)
Cat 5e1 Gbps100 MHz100 m (328 ft.)
Cat 61 Gpbs250 MHz100 m (328 ft.)
10Gb at 37 m (121 ft.)
Cat 6a10 Gpbs500 MHz100 m (328 ft.)
Cat 710 Gpbs600 MHz100 m (328 ft.)
Cat 7a10 Gbps1000 MHz100 m (328 ft.)
40Gb at 50 m (164 ft.)
Cat 8.125 Gbps2000 MHz30 m (98 ft.)
Cat 8.240 Gbps2000 MHz30 m (98 ft.)

Kemampuan Produk (Network Test)

Kelajuan capaian internet adalah bergantung kepada banyak faktor. Antara faktor yang mungkin dilepaskan dari pandangan adalah peranti dan peralatan yang terlibat dalam sambung internet tersebut. Langganan pakej yang laju tidak menjanjikan sambungan atau capaian internet anda akan automatik laju tanpa menggunakan peralatan yang betul. Berikut adalah perkara dan peralatan yang saya gunakan untuk menjayakan ujian sambung dan capaian internet kali ini:

  • Modem 5G Umobile (WIFI 6 dan 2 Gigabit Port)
  • UGreen Cat6 Ethernet Gigabit Cable 5 Meter
  • HP Desktop Computer dengan Realtek PCIe Gigabit RJ45 dan Realtek PCIe 802.11 a/b/g WIFI Card

Sebagaimana yang saya terangkan di atas, Kelajuan capaian internet (atau kelajuan penghantaran data) bergantung kepada peranti dan kabel network yang kita gunakan. Kelajuan tersekat dengan had peranti yang terlibat.

Kombinasi UGreen Cat 6 Ethernet Gigabit Cable dan Realtek PCIe Network Card memberi capaian dan kelajuan penuh / maksimum 1 Gbps. Kelajuan ini adalah untuk rangkaian setempat sahaja kerana capaian internet adalah bergantung kepada pakej internet yang dilanggani.

Lihatlah perbezaan yang amat ketara. Angka yang dipaparkan adalah bukti yang peralatan dan peranti yang betul dapat membantu sambungan dan capaian yang hebat.

Galeri Produk

Bagaimana Cara Mendapatkan Produk Ini

Anda boleh pilih kabel mengikut kesesuaian dan keperluan anda. Terdapat 2 jenis kabel yang ditawarkan iaitu jenis FLAT ataupun ROUND. Kabel yang telah saya beli adalah dari jenis bulat (sila rujuk gambar di atas)

Selain daripada itu, panjang kabel adalah di antara 0.5 meter hingga 10 meter. Sila klik pada link di bawah untuk beli terus secara atas talian.

Website | WhatsApp | Telegram | TikTok | YouTube | Facebook | x.com

“ Each step we took transformed the ordinary into the extraordinary… talk and walk and walk and talk, dont talk only”

OC Chin

“Bahagian kerja, mesti cepat, mantap dan clean. Cuma satu jer, jangan sidai dia… sebab dia tak suka kena sidai”

Sakinah Honda

“hmm… For me, they didn’t just create a website; they crafted an experience that resonates with our audience.”

Mr Kai

Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci…

Kami sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dalam usaha membantu adan memperkembangkan perniagaan anda.

logo yoyutech.com