Isi Kandungan
Pengenalan
UGreen AX1800 Wifi 6 USB 3.0 adapter dual-band adalah peranti penerima rangkaian tanpa wayar generasi keenam (Wifi6). Alat ini menggunakan USB 3.0 dan support 5Ghz dan 2.4Ghz. Alat ini amat sesuai untuk gamer yang bermain game di atas talian kerana ia menyediakan sambung yang paling laju berbanding peranti wifi sebelum pada ini.
Kepada pengguna MAC dan Linux, sila ambil perhatian yang peranti ini tidak support MAC system dan juga Linux System.
UGreen AX1800 Wifi 6 USB 3.0 adapter dilengkapi dengan teknologi OFDMA dan 1024QAM membuatkan panghantaran data yang laju, kawasan liputan lebih luas serta yang pasti lebih stabil berbanding Wifi5. Membolehkan anda muat turun movie, bermain permainan atas talian dan melayari internet dengan lebih pantas seolah-olah menggunakan kabel network.
Fungsi
UGreen AX1800 Wifi 6 USB 3.0 adapter membantu anda menerima signal rangkaian wireless dan turut berkongsi rangkaian wireless kepada komputer dan peranti yang lain.
Anda boleh menggunakan alat ini dengan komputer atau laptop yang mungkin tidak mempunyai kemampuan sambungan rangkaian wireless yang terkini dan pantas. Sebagai contoh, komputer atau laptop anda masih lagi menggunakan peranti wifi versi yang sedikit antik. Versi yang terdahulu dan yang antik tidak akan memberi anda sambung rangkaian wireless yang pantas. Masih berbaloi untuk anda laburkan duit anda membeli UGreen AX1800 Wifi 6 USB 3.0 daripada menggunakan duit yang banyak untuk membeli komputer dan laptop yang baru.
Kelebihan
UGreen AX1800 Wifi 6 USB 3.0 adapter secara teknikalnya akan membantu anda untuk mendapatkan kelajuan data yang maksimum tanpa perlu anda naiktaraf komputer atau laptop anda. Anda masih boleh menggunakan komputer atau laptop anda tapi mendapat sambung ke rangkaian wireless ala-ala menggunakan komputer atau laptop yang baru.
Selain daripada itu, anda dapat mengelakkan daripada menggunakan kabel network tapi dapat sambungan ke rangkaian atau sambung ke internet sehebat dan selaju sambungan menggunakan kabel network
UGreen AX1800 Wifi 6 USB 3.0 adapter boleh dimiliki dengan harga yang sangat-sangat mampu milik. Mudah di bawah dengan saiz yang kecil serta ringan. Anda boleh memilih model yang mempunyai antena luaran yang besar untuk capaian atau coverage yang lagi luas.
Kelemahan & Had Batasan
UGreen AX1800 Wifi 6 USB 3.0 adapter buat masa ini hanya dapat digunakan oleh pengguna Windows. Pengguna MAC dan Linux masih boleh boleh menggunakan UGreen AX1800 Wifi 6 USB 3.0 adapter ini.
Jenis-Jenis Wifi
Berikut adalah sejarah berkaitan dengan generasi-generasi wifi yang telah dan akan berlaku:
Generasi | IEEE Standard | Tahun | MB/s | Band Ghz |
Wifi 0* | 802.11 | 1997 | 1 – 2 | 2.4 |
Wifi 1* | 802.11b | 1999 | 1 – 11 | 2.4 |
Wifi 2* | 802.11a | 1999 | 6 – 54 | 5 |
Wifi 3* | 802.11g | 2003 | 6 – 54 | 2.4 |
Wifi 4 | 802.11n | 2009 | 6.4 – 600 | 2.4 & 5 |
Wifi 5 | 802.11ac | 2013 | 6.5 – 6933 | 5 |
Wifi 6 | 802.11ax | 2021 | 0.4 – 9608 | 2.4 & 5 |
Wifi 6e | 802.11ax | 2021 | 0.4 – 9608 | 2.4, 5 & 6 |
Wifi 7 | 802.11be | 2024** | 0.4 – 23,059 | 2.4, 5 & 6 |
Wifi 8 | 802.11bn | 2028** | 100,000 | 2.4, 5 & 6 |
* tidak digunakan secara meluas dan amat tidak popular
** tahun jangkaan sahaja, bergantung kepada keadaan semasa
Cara Konfigurasi dan Instalasi
UGreen AX1800 Wifi 6 USB 3.0 adapter sangat dilakukan instalasi dan konfigurasi kerana driver yang berkaitan telah disediakan pada peranti tersebut. Apabila disambungkan pada port USB komputer atau laptop anda, Akan terpapar pada My Computer anda satu ikon seolah-olah satu CDROM. Sila rujuk gambarajah di bawah ini:
Setelah siap, sila periksa senarai peranti pada Device Manager komputer anda. Sila rujuk gambarajah di bawah ini:
Telah kelihatan UGreen AX1800 Wifi 6 USB 3.0 adapter pada Device Manager telah siap dengan driver dan boleh digunakan tanpa rasa was-was.
Kemampuan Produk (Network Test)
Keputusan Speedtest dengan menggunakan Wifi sedia ada yang telah dipasang pada HP Desktop ini (Wifi 802.11 b/g/n)
Keputusan Speedtest dengan menggunakan UGreen AX1800 Wifi 6 USB 3.0 adapter dual-band:
Kesimpulannya, kenapa perlu anda beli komputer atau laptop baru disebabkan oleh sambungan dan capaian internet yang lemah? Anda mampu untuk ubah kelajuan komputer atau laptop anda hanya dengan menggunakan UGreen AX1800 Wifi 6 USB 3.0 adapter dual-band.
Dan satu lagi, mengapa anda perlu langgan pakej internet yang laju dan mahal tapi bottleneck anda tersangkut pada wireless device pada komputer atau laptop anda…
Galeri Produk
Bagaimana Cara Mendapatkan Produk Ini
Anda boleh pilih untuk menggunakan model yang kompak ataupun yang mempunya antena luaran yang besar untuk liputan yang lebih luas dan berkesan. Anda boleh klik pada link di bawah untuk mendapatkan produk ini secara atas talian.
Website | WhatsApp | Telegram | TikTok | YouTube | Facebook | x.com