Weblog yoyutech.com

Kami kongsikan maklumat yang terkini untuk kemudahan kita bersama kerana membaca adalah amalan yang mulia – www.yoyutech.com

logo yoyutech.com

Mozilla Thunderbird

by | 11/08/2024 | Weblog

Pengenalan Mozilla Thunderbird

Mozilla Thunderbird adalah satu aplikasi open source untuk email client. Mula diperkenalkan pada tahun 2003. Secara ringkasnya, Thunderbird berfungsi sebagaimana aplikasi Microsoft Outlook. Ia memberi kemudahan untuk pengguna menguruskan email, addressbook dan calendar.

Fungsi Mozilla Thunderbird

Pengguna boleh menerima dan menghantar email menggunakan Thunderbird tanpa perlu mengakses kepada akaun email secara atas talian ataupun tanpa menggunakan webmail. Ia menyokong pengunaan POP3, IMAP dan LDAP. Bagi pengguna seperti saya yang terpaksa menguruskan lebih daripada satu akaun email, aplikasi ini telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, semua akaun email yang terpaksa saya uruskan kini berada di dalam satu aplikasi mudah.

Paparan di atas menunjukkan semua akaun email yang telah saya tetapkan kepada Thunderbird. Dengan kemudahan notifikasi terhap email yang baru di terima, saya tidak lagi perlu risau akan kehadiran email sepanjang saya melakukan tugasan seharian. Selain itu, pengguna dapat menetapkan kekerapan aplikasi ini mengakses mailserver untuk mendapatkan email yang baru.

Konfigurasi Akaun Email

Thunderbird membenarkan pengguna menetapkan akaun email yang popular contohnya gmail, yahoo dan outlook (sebelum ini dikenali sebagai hotmail)

Untuk menambah akaun email kepada Thunderbird, sila klik pada File > Existing Mail Account

Masukkan maklumat berkaitan dengan akaun email anda sebagaimana paparan di bawah ini setelah itu, klik Continue untuk meneruskan proses konfigurasi

Thunderbird akan memaparkan konfigurasi yang telah sedia ada berkaitan mail server yang terlibat. Sebagai contoh, paparan di atas menunjukkan konfigurasi gmail yang telah dikesan oleh Thunderbird. Dalam kes ini, pengguna dapat memilih sama ada menggunakan IMAP atau pun POP3 untuk menguruskan akaun email tersebut.

Klik Done untuk menamatkan proses konfigurasi.

Secara ringkas berkaitan IMAP dan POP3,

IMAP and POP3 are email protocols for accessing and managing emails on remote servers. IMAP syncs emails across multiple devices, storing them on the server. POP3 downloads emails to a single device, deleting them from the server.

Dalam bahasa mudah, IMAP membuatkan seolah-oleh kita menggunakan email secara terus / direct manakala POP3 memerlukan kita untuk memuat turun segala email yang terdapat di dalam mail server untuk kita membacanya.

Maklumat Konfigurasi Akaun Email

Kepada pelanggan yoyutech.com dan seangkatan dengannya, sekiranya anda menghadapi masalah menetapkan email anda menggunakan Thunderbird, sila maklumkan supaya kami dapat bantu anda selesaikan permasalahan tersebut.

  • Bagi pengguna akaun yahoo, sila klik di sini
  • Bagi pengguna akaun gmail, sila klik di sini
  • Bagi pengguna akaun hotmail, sila klik di sini

Scam Detection & Antivirus

Setelah selesai melakukan konfigurasi akaun email anda, jangan lupa untuk aktifkan dua fungsi penting dalam menggunakan email kerana kebelakangan ini terlalu banyak kes kerugian disebabkan oleh scam dan spam. Untuk aktifkan fungsi tersebut, anda cuma perlu klik pada Setting > Privacy & Security > tick pada Scam Detection dan Antivirus sebagaimana paparan di bawah.

Akhir sekali, pastikan antivirus anda berada di dalam keadaan up to date ya…

Website | WhatsApp | Telegram | TikTok | YouTube | Facebook | x.com

“ Each step we took transformed the ordinary into the extraordinary… talk and walk and walk and talk, dont talk only”

OC Chin

“Bahagian kerja, mesti cepat, mantap dan clean. Cuma satu jer, jangan sidai dia… sebab dia tak suka kena sidai”

Sakinah Honda

“hmm… For me, they didn’t just create a website; they crafted an experience that resonates with our audience.”

Mr Kai

Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci…

Kami sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dalam usaha membantu adan memperkembangkan perniagaan anda.

logo yoyutech.com